Monday, 1 August 2016

Pengajian Malaysia : Mahkamah Syariah vs Mahkamah Sivil Mengikut Perlembagaan 



 

NAMA AHLI KUMPULAN:

1) SITI NURUL AIN BINTI MAT YUSOFF

2) ROHAYU BINTI ROSLI

3) HANIS FARZANA BINTI JAMALUL RUDAD

4) NOOR ALIZA BINTI MOHD ZAINUDDIN 

5) HALIMATUN SHAADIAH BINTI JAMALUL

6) DARSHINI A/P SENASENDRAM

NAMA PENSYARAH:PN CIK RAZANA BT MOHD KASIM

JABATAN:JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

PENGHARGAAN
 Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadratilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus ini dengan penuh jayanya.Kami menjulang setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Cik Razana Binti Mohd Kasim.Pensyarah Matapelajaran Pengajian Malaysia (DUB 1012), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku.  Kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang membantu sepanjang proses merealisaikan tugasan ini berjalan.
Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang menyiapkan tugasan ini..Sikap kerjasama yang ditunjukan oleh rakan - rakan ternyata membuahkan hsil dengan kerjasama kami menyiapkan tugasan yang diberi. Begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat ini.

PENDAHULUAN
 


Sistem pemerintahan Malaysia boleh dikatakan dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu: perundangan,pentadbiran dan kehakiaman. Fungsi utama kehakiman adalah untuk menjalankan pentadbiran secara adil dan saksama di Malaysia.Badan kehakiman merupakan badan bebas daripada pengaruh eksekutif. Ketua bidang kehakiman adalah Ketua Hakim Negara dan Ketua Pendaftar/Pejabat pendaftaran sebagai Ketua Pendaftaran Mahkamah. Fungsi Badan Kehakiman ialah : memastikan keadilan  secara saksama , menyelesaikan pertikaian individu dengan individu dengan kerajaan ,memutuskan sama ada mereka didakwa bersalah atau tidak berdasarkan bukti yang dikemukakan ,mentafsir sesuatu undang-undang dan memelihara hak kewarganegaraan daripada pencabulan pihak kerajaan.

MAHKAMAH SYARIAH VS MAHKAMAH SIVIL BERASASKAN PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Mahkamah Syariah ialah institusi kehakiman yang membicarakan serta menjatuhkan hukuman ke atas orang Islam bagi kesalahan sivil dan jenayah agama mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan untuknya.



PERANAN DAN TUJUAN :

  • Mengekalkan perundangan Islam yang diperuntukkan kepada mahkamah ini bagi menjamin setiap muslim patuh dan tidak melanggar perintah Allah s.w.t berdasarkan al-quran dan as-sunnah.
  • Menjalankan pentadbiran agama Islam al-Quran dan as-Sunnah bagi menjamin kesejahteraan orang Islam.
  • Melahirkan keluarga Islam yang yang berpegang teguh pada ajaran Islam serta mengawasi mereka supaya menjalani kehidupan mengikut syariat Islam.
  • Menyelamatkan umat Islam daripada perpecahan dan keruntuhan rumahtangga.
  • Tempat rujukan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta menyelesaikan masalah rumahtangga.
  • Memberi bimbingan dan nasihat kaunseling kepada pasangan yang ingin berumahtanggan agar dapat membina rumahtanggan yang bahagia sebagaimana tuntutan agama..
  • Tempat membuat rayuan daripada pihak isteri untuk mendapatkan nafkah daripada suaminya yang sudah bercerai

BIDANG KUASA JABATAN AGAMA ISLAM DAN MAHKAMAH SYARIAH



Mahkamah Syariah diberi nama Mahkamah Kadi (dahulunya sebelum pemisahan antara dua agensi ini berlaku) telah diberi kuasa menjalankan peraturan dan peruntukan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri dan daerah di Malaysia. Bidang kuasa yang diberikan adalah seperti perkahwinan, penceraian, kekeluargaan serta penyelesaian harta pusaka kecil.

Mahkamah Syariah menjalankan tugas yang berasingan dengan Pejabat Agama. Pejabat Agama menjalankan pentadbiran dalam hal-hal yang bersangkut dengan masyarakat Islam seperti urusan zakat ,Baitumal , dakwah, pendidikan,pengurusan masjid dan sebagainya mengikut kuasa bagi setiap negeri berkenaan di Malaysia. Pada masa kini semua Mahkamah Syariah telah terpisah pentadbiranya dengan Jabatan Agama Islam.

Mahkamah Syariah telah ditukar identitinya menjadi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri. Kebanyakan negeri menjadikan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri sebagai institusi yang tertinggi(pembuat dasar) dan diikuti Majlis Agama & Istiadat,Jabatan Mufti,Jabatan Kehakiman Syariah dan Jabatan Agama Islam. 




Perlaksanaan Pengadilan di Mahkamah Syariah


Mahkamah Rendah Syariah
  • Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan oleh enakmen negeri
  • Mendengar dan memutuskan kes-kes tersebut
  • Menyediakan kertas-kertas keputusan dan laporan mahkamah
  • bicarakan kes-kes di peringkat daerah.


Mahkamah Tinggi Syariah


  • Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan kepadanya
  • Mengeluarkan perintah kes-kes sivil dan jenayah
  • Menyelesaikan dan mengesahkan kes-kes faraid
  • Menguruskan kes-kes rayuan
  • Menyediakan jurnal mahkamah untuk diterbitkan (bagi sesetengah negeri)


Mahkamah Rayuan Syariah


  • Bertugas untuk mendengar kes-kes rayuan
  • Mempunyai kuasa pembatalan mana-mana sabitan hukuman oleh Mahkamah Syariah
  • Mengurangkan hukuman
  • Memerintah supaya diadakan pembicaraan semula atau ulang bicara
  • Menerima rayuan responden yang dihukum penjara atau denda tidak kurang RM25.00 dan telah membuat rayuan mengikut prosedur yang telah ditetapkan
  • Setiap rayuan akan didengar sekurang-kurangnya oleh tiga orang panel(hakim) rayuan daripada Panel(hakim) Rayuan Syariah yang dilantik dan ditaulaiha oleh KDYMM Sultan*(Ketua Hakim adalah Pengerusi Panel Rayuan Syariah)Keputusan mahkamah adalah muktamad dan sah.
Bidang kuasa


Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan pada 1988 memberi Mahkamah Syariah bidang kuasa berasingan daripada mahkamah sivil, menjadikan Mahkamah Syariah bebas daripada campur tangan mahkamah biasa dan dianggap setaraf. Kuasa Mahkamah Syariah adalah di bawah enakman negeri.


Perlembagaan Malaysia 1965


Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1965 adalah seperti berikut:
  1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja
  2. Denda tidak melebihi RM1000.00 sahaja atau
  3. 6 bulan penjara atau
  4. Gabungan kedua-duanya (denda dan penjara)

Perlembagaan Malaysia 1984



Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1984 dengan pindaan adalah seperti berikut:
  1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja
  2. Denda tidak melebihi RM5000.00 sahaja atau
  3. 3 tahun penjara atau
  4. Hukuman rotan tidak melebihi daripada enam kali sebatan atau
  5. Gabungan ketiga-tiganya (denda, penjara dan rotan)



JENIS PERBEZAAN HUKUMAN SYARIAH DAN SIVIL 


CONTOH :SEBATAN SYARIAH


              
  CONTOH :SEBATAN SIVIL






MAHKAMAH SIVIL

Mahkamah Sivil ialah mahkamah terbuka dan perbicaraan kes-kes mahkamah boleh diikuti oleh ramai orang selain plaintif dan defendan. Mahkamah tinggi juga mempunyai dua lapisan Mahkamah Atasan dan Mahkamah Bawahan (Mahkamah Rendah).


Mahkamah Atasan :

  • Mahkamah Persekutuan
  • Mahkamah Rayuan
  • Mahkamah Tinggi

Mahkamah Bawahan :

  • Mahkamah Seksyen
  • Mahkamah Kelas I dan Kelas II
  • Mahkamah Khas



Bidang kuasa berhubung dengan perlembagaan :

  • Hanya mahkamah Persekutuan sahaja mempunyai bidang kuasa memutuskan : dalam pertentangan undang-undang Persekutuan dan undang-undang negeri. Dan juga mengesahkan undang-undang digubal oleh Badan Perundangan sama ada sah atau tidak sah.

  • Mahkmah juga terlibat dalam memutuskan perkara berkaitan dengan : menentukan persoalan Perlembagaan yang timbul daripada perbicaraan di Mahkamah. Dan juga memberi pandangan undang-undang kepada Yang di Pertuan Agong.



MAHKAMAH TINGGI

      · Mahkamah Tinggi terbahagi kepada ;  
    1.      Mahkamah Tinggi Malaya (semenanjung Malaysia) 
    2.      Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak (Borneo)

    ·Keahlian Mahkamah Tinggi terdiri daripada ;

           1.      Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya
    2.      Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.

    3.      47 orang Hakim Mahkamah Tinggi di Semenanjung  Malaysia



    Bidang kuasa dalam perkara jenayah
         ·Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa membicarakan semua kesalahan berikut:
    1.      Kesalahan yang dilakukan oleh sesiapa sahaja dalam persekutuan, termasuk pelancong warga asing.
    2.      Kesalahan yang dilakukan oleh sesiapa sahaja di kapal atau di kapal terbang yang berdaftar di Malaysia.
    3.      Kesalahan oleh sesiapa sahaja yang terlibat dalam kesalahan pelanunan di perairan Malaysia
    4.      Kesalahan menyentuh keselamatan negara.
     
     ·Semua kes membabitkan hukuman membunuh/hukuman mati dibicarakan di Mahkamah ini:
    1.  Seksyen 302 Kanun Keseksaan (pembunuhan)
    2. Seksyen 39B Akta Kanun Dadah Berbahaya 1952 (pengedaran dadah)
    3. Seksyen 364 Akta Kanun Kesesaksaan (penculikan dengan tujuan           membunuh)
    4.      Akta Senjata Api 1971
Bidang kuasa dalam perkara sivil

  • Di bawah Perkara 128 Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa ;

          1.      Berkaitan dengan perkahwinan dan penceraian bagi bukan muslim.


         2.      Kemuflisan syarikat-syarikat atau orang perseorangan.


         3.      Menentukan penjagaan kanak-kanak dan harta kanak-kanak


         4.      Menetapkan penjaga orang-orang bukan siuman
         5.      Wasiat dan surat kuasa orang yang meninggalkan harta dalam bidang kuasa             mahkamah.

MAHKAMAH SEKSYEN
  1.     Merupakan mahkamah tertinggi dalam Mahkamah Rendah
  2.     Membicarakan bidang kuasa kes sivil dan kes jenayah
  3.     Boleh membicarakan semua jenis kesalahan jenayah dan menjatuhkan semua jenis hukuman kecuali hukuman mati.
  4.     Diketuai oleh seorang hakim Mahkamah Seksyen
  5.     Mahkamah ini tidak berkuasa mendengar kes-kes rayuan.
  6.     Hakim Mahkamah Seksyen dilantik oleh YDPA atas cadangan Hakim Besar Malaya.
     
    PENUTUP
     
     Alhamdulillah ,setinggi-tinggi syukur ke hadrat ilahi akhirnya efolio Pengajian Malaysia kami telah berada di penghujungnya . Setelah beberapa minggu kami bertungkus lumus menyiapkan efolio ini.
    Kesimpulan daripada perbincangan ini,memperlihatkan tidak ada percanggahan dan konflik di antara bidang sivil dan syariah.Bidang sivil mempunyai hak dan kuasa secara meluas,manakala mahkamah syariah mempunyai hak dan bidangnya yang tersendiri yang tidak boleh di campur tangan oleh pihak sivil. Persoalan yang berhubung dengn bidang perundangan Islam hendaklah diurus di bawah syariah. Orang yang bukan islam tidak dipaksa ke mahkamah syariah,mereka boleh memberi kerjasama membantu melicinkan perjalanan mahkamah syariah seperti memberi keterangan dan sebagainya.Pertembungan kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah dalam kes ini khususnya mempunyai implikasi serius kepada system perundangan Negara. Sesungguhnya memahami adalah lebih baik dari memusuhi.Pepatah ada mengatakan' Manusia itu Memusuhi apa yang tidak diketahui'.
          
 RUJUKAN
 Rujukan buku :
  •      MODERN JURISPRUDENCE (PENULIS : PROF HARI CHAND)
  •   PEMBUBURAN PERKAHWINAN MENGIKUT FIQH DAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (PENULIS : SALLEH ISMAIL)
  •     UNDANG-UNDANG KEHAKIMAN DI MALAYSIA (PENULIS: DATUK J.C FONG)

Rujukan lain :
  • PEGUAM SYARIAT MENULIS ( MEMARTABATKAN IMEJ MAHKAMAH SYARIAH-BERITA HARIAN )
  • MALAYSIAN BAR (MAHKAMAH SYARIAT SETARAF MAHKAMAH SIVIL)

       LAMPIRAN






                        SISTEM KEHAKIMAN DI MALAYSIA



MAHKAMAH TINGGI MALAYSIA







No comments:

Post a Comment